Thursday, October 21, 2010





Monins...Apa Khabar semua? hope semuanya sihat...Lama aku xupdate blog ni... busy sikit. Hari ni tetiba sakit perut..perut rasa berangin jak.. Hurrmm..
Mood kerja pun hilang..fikiran serabut..fikir pasal kerja..fikir masalah..fikir fasal org..fikir persediaan big day... adeii.. smuanya buat aku fening sendiri..

Rupanya susa juga ya buat persediaan kahwin ni.. bukan sahaja kita kena fikir dr hal yg besar, benda yg kecik2 pun kena fikir sama juga..lagi susa kalo seorang diri yang memikir..Ya ALLAH Ya Tuhanku...Kasihanilah hamba mu ini, permudahkanlah segala urusan dan perancanganku..Berilah aku kekuatan dan ketabahan mental & rohani untuk melalui semua ini..

*harap my mom akan keluar wad hari ni...

Monday, September 27, 2010

Biar Pun Hujan Dalam Hati, Pasti Ada Pelangi Yang Menanti..

Seringkali hati kecil mengadu sakit, seringkali jiwa meratap hiba, dugaan dan ujian yang datang bertimpa, kadangkala menewaskan semangat yang ada. Kadangkala kita terasa lonely, saat terasa betapa kita dipinggirkan, dan tika kita menyangka sudah tidak ada apa yang lagi bernilai dalam kehidupan, yang kita lihat hanya jalan suram di hadapan.

Kita marah pada Tuhan, kita kecewa dengan ketentuan yang diciptakan..kita menyalahkan takdir hitam, saat sendu airmata mengaburkan kewarasan. Lalu kita hilang pertimbangan, di antara keimanan dan rasukan syaitan. Yang kita nampak hanya jalan mudah untuk melepaskan. Lalu ada di antara kita yang seringkali memilih hidup tanpa tujuan (kill themselves softly) dan decide to killing themselves sebagai penyelesaian.

Pernahkah sekali kita fahami hukum alam? Mengapa Tuhan hadirkan pelangi selepas hujan..mengapa Tuhan tumbuhkan bunga selepas kontang, hanya dari benih hitam yang kusam..lalu bila Dia sirami hujan, maka tersenyumlah alam..betapa indahnya aturan Tuhan. MasyaALLAH..

Mengapa tidak ada hujan berpanjangan, atau sinar mentari yang menyinari alam? Mengapa harus ada putaran alam, seperti hitam malam dihiasi bintang bertaburan di langit luas terbentang..mengapa tidak ada sekaligus dalam satu masa, mengapa harus hilang sesuatu untuk sesuatu..

Jawapannya gampang deh (hehe..) Kerana tidak ada kemanisan tanpa ada kepahitan, dugaan dan rintanganlah yang mewarnai kehidupan..untuk mengecapi kebahagiaan perlu ada pengorbanan, setiap kesenangan akan ada bayaran..seperti Tuhan hadirkan pelangi selepas hujan, dan riang kicau burung yang menyanyikan melodi kedamaian..

Sunday, September 26, 2010

Bengkel D


Salam...aktiviti hari ni separuh hari terlibat dengan Bengkel D..
2 jam pertama memang boring gilak... dengar ceramah.. aku da la type yg tak boleh dengar ceramah mcm ni..
mata pulak berat semacam saja...dehh. Dah la 2 awal pagi lagi dah diserang migrain.. cough lagi.. serba x kena..
Berbalik dengan cerita bengkel D tadi, best juga rupanya.. da bole test drive keta.. tapi gear 1 jak la. hahaha. nervous, takut, excited semua ada... 


Monyet ni pun ada d akademi memandu... lucu ni monyet...

Saturday, September 25, 2010

Hujan Rahmat Pencipta

Petang Frenz...
Petang yang indah d Kota Belud... Its Rainy... Yahuuu... Bukannya jakun dengan hujan.. tp kebiasaanya saat2 indah hujan turun ni, aku jarang mengalami dan menghayatinya ketika di rumah.. weekend plak 2. kat ofis n masa bekerja 2 biasak suda.. haha.. apalagi layan tidurrr... zzzzzzzzzzzzzz.

Monins

Pic black?? apa 2? blank in my head... haha. Hari ni xtau nak buat apa....on9 jak la kalie.. kemas bilik etc.. nak buat tomyam seafood jap lagi.. bahan semuanya dah ada.. hehe. harap2 menjadi juga la masakan aku ni.. almaklum sajala keja masak memasak ni bukanlah include dalam hobi aku.. hehehe..
outs.. g mandi dulu..

Friday, September 24, 2010

Buat Blog Baru...

Salam...
Ni yang ke second kali nya aku buat blog... blog yang lama dah tak aktif.. dulu kemudahan internet x available.. sekarang dah ada broadband. hehe. Kat rumah pun boleh update n posting. Hope dengan adanya blog ni akan memudahkan lagi perkongsian dan perhubungan dengan rakan-rakan di alam maya.